Pembelajaran Jarak Jauh Semasa Pandemik Covid-19: Implikasinya Terhadap Kesihatan Mental Pelajar UTHM Pagoh

Distance Learning During Pandemic Covid-19: Implications to the Mental Health of UTHM Pagoh Students

Authors

  • Arwansyah bin Kirin (Corresponding Author) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Abd Shakor bin Borham Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti Marpuah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Ainaa Mardhiah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), pelajar, kesihatan mental, Distance Learning (DL), students, mental health

Abstract

Abstrak

Wabak Coronavirus (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau (WHO) telah memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia pada hari ini. Keadaan pandemik Covid-19 telah memba-wa manusia ke satu lembaran baharu dalam mempertahankan kekuatan rohani dan mental. Perasaan cemas, takut, stres, kemurungan dan bimbang yang melanda rakyat Malaysia telah mengganggu aspek psikologi dan kesejahteraan kendiri yang merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Kajian mendapati, kebimbangan mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa dilihat semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya. Hal ini menyumbang kepada kes yang dilaporkan termasuklah rancangan membunuh diri, kebimbangan, kemurungan dan stres. Perubahan norma hidup telah memberi impak yang negatif terhadap kesihatan mental terutamanya dalam kalangan pelajar. Mereka mudah berasa bimbang dan tertekan dengan keadaan Covid-19 dan peraturan-peraturan baharu yang tidak menentu termasuklah perubahan dalam sistem pendidikan dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). PJJ dilihat kurang memberi kesan yang baik kepada pelajar berbanding belajar secara bersemuka. Bagi membentuk individu yang sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental pelajar perlu dipenuhi. Justeru, kajian mengenai kesan PJJ terhadap kesihatan mental semasa era pandemik Covid-19 dilakukan ke atas pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malay-sia (UTHM), Pagoh, Johor. Dalam mencapai objektif, kajian dilakukan dengan kaedah pengumpulan data secara soal selidik dan diperkukuhkan dengan maklumat melalui literatur serta bahan perpustakaan. Hasil kajian mendapati impak PJJ terhadap kesihatan mental pelajar adalah di tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental para pelajar terganggu semasa pandemik Covid-19. Oleh itu, implikasi kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan kerajaan dalam mengatasi kesihatan mental pelajar ketika menghadapi ujian berat seperti pandemik Covid-19 dan ujian-ujian lain.

Abstract

The coronavirus outbreak (Covid-19) which has been declared a pandemic by the World Health Organization (WHO) has had a huge impact on the world community today. The pandemic situation has brought humanity to a new challenge in maintaining spiritual and mental strength. The feelings of anxiety, fear, stress, depression and worry that afflict Malaysians have disrupted aspects of psychology and personal well-being which are important elements in human life. The study found, concerns about mental health issues among children, teenagers and adults were seen to be increasing compared to the previous year. This contributes to reported cases including suicidal ideation, anxiety, depression and stress. Changes in living norms had a negative impact on mental health especially among students. They easily feel anxious and depressed with the state of Covid-19 and the volatile new regulations including changes in the education system using Distance Learning (DL) methods. DL is seen to have a negative impact on the mental health of students. In order to form a healthy and perfect individual, the physical and mental needs of students need to be met. Thus, a study on the effects of DL on mental health during pandemic era was conducted on students of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor. In achieving the objectives, the study was conducted with the method of data collection by questionnaire and strengthen the information through literature and library materials. The results of the study found that the impact of DL on students' mental health is at a high level. This suggests that the mental health problems of the students were disrupted during the Covid-19 pandemic. Therefore, the implications of this study are expected to contribute to society and government in overcoming the mental health of students when facing challenges such as the Covid-19 pandemic and others.

 

The May 2022 issue of the Journal of Islamic Studies and Human Sciences is now available online!

Downloads

Published

2022-05-30

How to Cite

Arwansyah bin Kirin (Corresponding Author), Abd Shakor bin Borham, Siti Marpuah, & Wan Ainaa Mardhiah. (2022). Pembelajaran Jarak Jauh Semasa Pandemik Covid-19: Implikasinya Terhadap Kesihatan Mental Pelajar UTHM Pagoh : Distance Learning During Pandemic Covid-19: Implications to the Mental Health of UTHM Pagoh Students. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 5(2), 45-61. Retrieved from http://alhikmah.my/index.php/hikmah/article/view/249

Issue

Section

Articles