Kerangka Pemerkasaan Pendakwah Wanita Muallaf Di Negeri Sembilan Melalui Analisis Profil Terperinci

Empowerment Framework for Reverted Woman Preachers in Negeri Sembilan Through In-Depth Profiling Analysis

Authors

  • Nik Suhaida Nik Abdul Majid Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Suhailiza Md Hamdani Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Roslizawati Mohd Ramly Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Aida Nabila Sabri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v7i4.532

Keywords:

Pendakwah wanita muallaf, Negeri Sembilan, analisis SWOT, pemerkasaan dakwah, profil terperinci, Revert Woman Preachers, Negeri SembilanSWOT analysis, da'wah empowerment, in-depth profiling

Abstract

Abstrak

Wanita memainkan peranan penting dalam masyarakat, bukan hanya mendidik keluarga tetapi juga menyebarkan nilai agama, terutama sesama wanita. Bagi wanita muallaf, cabarannya lebih besar kerana perlu menyesuaikan diri dengan agama baru serta menghadapi tekanan dari keluarga dan masyarakat. Keterlibatan mereka dalam dakwah menjadikan mereka agen penting dalam perkembangan agama, meskipun berdepan rintangan dalaman dan luaran. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen terhadap Islam dan membuka ruang memahami potensi serta cabaran yang dihadapi. Golongan ini perlu diperkasa agar potensi mereka lebih menyerlah dan usaha dakwah akan lebih berkembang. Walaupun terdapat kajian mengenai muallaf dan dakwah wanita, penyelidikan yang menumpukan kepada wanita muallaf sebagai pendakwah masih sangat terhad. Justeru kajian ini mengemukakan kerangka pemerkasaan terhadap pendakwah wanita muallaf melalui penerokaan profil terperinci dari temubual mendalam kepada 11 sampel dan dianalisis melalui pendekatan analisis SWOT bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang ada pada mereka seterusnya membangunkan kerangka pemerkasaan hasil dari naratif realiti sebenar. Hasil kajian mencadangkan pemerkasaan komprehensif personal dan professional, sokongan emosi, komuniti, kewangan, kapasiti dan teknologi. Hasil kajian ini dijangka menyumbang data empirikal dan memperkayakan bahan literatur dalam bidang ini sebagai rujukan kepada pihak berautoriti dalam mendokong dasar sosial kerajaan membangun komuniti khususnya wanita muallaf dan dasar dakwah negara dalam pemerkasaan umat Islam.

Abstract

            

Women play a vital role in society, educating families and spreading religious values, especially among other women. For women who have reverted to Islam, the challenges are more significant, as they need to adjust to a new religion while facing pressures from family and society. Their involvement in da’wah makes them essential agents in spreading religion despite encountering internal and external obstacles. Their presence reflects a commitment to Islam and opens opportunities to understand their potential and challenges. Although there are studies on female reverts and da’wah, research focusing specifically on women reverts as da’wah practitioners remains limited. This group needs to be empowered so that their potential will be more prominent and their da'wah efforts will be more advanced. Therefore, this study presents an empowerment framework for women reverted through detailed profile exploration from in-depth interviews to 11 samples and analysed through a SWOT analysis approach to identify their strengths, weaknesses, threats and opportunities and then develop an empowerment framework based on their real narrative. The results suggest comprehensive personal and professional empowerment, emotional support, community, finance, capacity and technology. The results of this study are expected to contribute empirical data and enrich the literature in this field as a reference for the authorities in supporting the government's social policies for community development, especially reverted women and the country's da'wah policy in empowering Muslims.

Downloads

Published

2024-12-12

How to Cite

Nik Abdul Majid, N. S., Md Hamdani, S., Mohd Ramly, R., & Sabri, A. N. (2024). Kerangka Pemerkasaan Pendakwah Wanita Muallaf Di Negeri Sembilan Melalui Analisis Profil Terperinci: Empowerment Framework for Reverted Woman Preachers in Negeri Sembilan Through In-Depth Profiling Analysis. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 7(4), 1–30. https://doi.org/10.46722/hikmah.v7i4.532

Issue

Section

Articles

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.