Volume 3, Issue 4: Khusyuk Dalam Solat: Analisis Perbandingan Makna Khusyuk Diantara Tafsir Al-Jalalayn Dan Tafsir Melayu Nusantara

Author

Mabruri Mohammad Sai

Prof. Madya Dr. Aminudin Bin Basir @ Ahmad

Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron

Prof. Dr. Khairul Anwar @ Johari Mastor

Keywords

Khusyuk, al-Jalalayn, Tafsir Nusantara, kamus bahasa Arab, khudu’ dan tawadu’

Abstract

Khusyuk adalah salah satu sifat penting yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah dengan pengertian yang sangat luas dan mendalam. Bagi orang yang beriman, khusyuk adalah salah satu sifat yang perlu ada pada dirinya kerana sifat ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam hidupnya. Pada hakikatnya khusyuk mempunyai pengertian yang sangat luas serta berkait dengan hampir keseluruhan hidup manusia. Justeru apakah pengertian khusyuk yang sebenarnya. Apakah maksud khusyuk menurut pengertian yang dijelaskan dari sudut bahasa Arab? Apakah pula pengertian khusyuk yang dikupas dan yang ditafsirkan di dalam al-Quran?Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan meninjau dengan mendalam pengertian khusyuk dari kupasan dan huraian bahasa Arab. Kajian ini juga adalah untuk meneroka dan menganalisis penggunaan dan makna khusyuk yang terdapat dalam al-Quran. Bagi mencapai objektif ini maka metod kajian kualitatif digunakan, iaitu analisis dokumen. Analisis dokumen dilakukan dengan menggunakan dua jenis dokumen, iaitu primer dan sekunder. Dokumen primer dirujuk pada empat kitab tafsir berbahasa Arab. Sementara dokumen sekunder diperolehi daripada mucjam dan kamus bahasa Arab yang pelbagai serta laman sesawang yang berwibawa. Hasil kajian mendapati bahawa khusyuk yang berasal daripada akar kata kha-sha-‘a dalam sembilan kamus bahasa Arab mempunyai 11 makna. Bahkan hampir semua sepakat menyamakannya dengan khudu’ dan membezakannya pada hati. Dalam al-Quran didapati ia disebut sebanyak 17 kali dalam 16 surah yang berbeza dan mempunyai pengertian yang luas. Para pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk ini sesuai dengan penggunaan perkataan khusyuk tersebut. Namun begitu, secara amnya semua pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk dengan khuduc dan tawadu’ serta perkataan-perkataan yang sama maksud dengannya sesuai dengan konteks ayat tersebut. Implikasi dari pengertian khusyuk menurut al-Quran dan al-hadith ini adalah sangat besar, khasnya dari sudut pemahaman kepada masyarakat. Dapatan ini dilihat dapat memberi sumbangan baru bagi memahami pengertian khusyuk yang sebenar.

References

Al-Qur’anul-Karim.

Al-Qur’an al-Karim dan terjemahannya ke dalam bahasa Indonesia. (t.th.) Dicetak dengan biaya peribadi dari Yang Mulia Pangeran al-Walid bin Thalal bin Abdul Aziz Ali Sa’ud semoga Allah melimpahkan pahala-Nya. Riyadh: Dicetak dibawah pengawasan perwakilan bahagian percetakan dan penerbitan pada Kementrian Agama, Waqaf, Da’wah dan Bimbingan Islam.

Abdullah Basmeih. (1998). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran. (Edisi Jawi). Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah Basmeih. (2002). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran (Edisi Rumi). Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah Basmeih. (2007). Tafsir Ar-Rahman: Interpretation of the meaning of the Quran (30 parts) (Edisi Bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

‘Abdul-Baqiyy. (1407H/1987M). Al-Mujamul-mufahrasu lil-Alfazil-Qur’anil-Karim. Kaherah: Darul-Hadith.

Al-‘Askariyy. (t.th). Al-Furuqul-lughawiyyah. Haqqaqahu wa allaqa ‘alayh Muhammad Ibrahim Salim. Kaherah: Darul-Ilm wath-Thaqafah.

Al-‘Askariyy. (1433H). Mujamul-furuqil-lughawiyyatilhawi li kitab Abi Hilal Al-‘Askariyy wa juz’an min kitab as-Sayyid Nurud-Din al-Jaza’iriyy. Tahqiq: Mu’assasatun-Nashril-Islami. Muhammad Ibrahim Salim. Cetakan keenam. Iran: Mu’assasatun-Nashril-Islami.

Ayah Hassan. (1975) -Edisi Jawi. Al-Furqan tafsir Quran. Cetakan kelima. Kelantan: Pustaka Aman Press.

Badawi, Elsaid M. & Muhammad Abdel Haleem. (2008). Arabic-English dictionary of Quranic usage. Leiden: Brill.

Barakat. (1388H/1968M). Al-Murshidu ila ayatil-Quranil-Karimi wa kalimatihi. Cetakan ketiga. t.tp: Maktabatut-Tarabishiyy.

Chandra Deruja. (2012). Pengaruh dan sumbangan A. Hassan terhadap institusi-institusi sunnah di Indonesia. Disertasi sarjana Fakulti Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Dhahabi. (2000). At-Tafsiru wal-mufassirun. 3 jil. Kaherah: Maktabah Wahbah.

al-Khalil ibn Ahmad. (2003M/1424H). Kitabul-Ayni murattaban ala hurufil-mujami. Tartib wa tahqiq ‘Abdul-Hamid al-Handawi. 4 jil. Beirut: Darul-Kutubil-‘Ilmiyyati.

Al-Fayyumi. (t.th). Al-Misbahul-muniru fi gharibish-sharhil-kabiri lir-Rafi’i. Tahqiq: ‘Abdul-‘Azim Ash-Shanawiyy. Cetakan kedua. Kaherah: Darul-Ma’arif.

Fikri Ihsan Mingka. (2013). Tafsir Quran Karim Karya H. Zainuddin Hamidy dan Fachruddin H.S. Dalam talian: http://fikriihsan12.blogspot.my/2016/10/tafsir-quran-karim-karya-h-zainuddin.html [09-03-2018].

Al-Ghazali. (1995). Khusyuk dalam solat:kunci kerehatan jiwa (terj.). Kuala Lumpur: Darul Taqwa.

Al-Ghazziyy. (1997M/1418H). Al-Kawakibus-sa’iratu bi’a’yanil-mi’atil-‘ashirati. Wada’a hawashiyahu Khalil al-Mansur. 3 jil. Beirut: Darul-Kutubil-‘Ilmiyyati.

Ibrahim Hashim et.al. (2018). Fahami bacaan dalam solatmu asas khusyuk ketika solat. Batu Caves, Selangor: PTS Publishing House.

Ibrahim. (t.th). Mujamul-alfazi wal-alamil-Quraniyyati. Cetakan kedua. Kaherah: Darul-Fikr ar-‘Araniyy.

Ibrahim, Bakar Muhammad. (2012). Rahsia kekhusyukan wanita dalam solat (terj.). Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd.

Ibn Durayd. (1345H-1351H). Jamharatul-lughah. 4 jil. Hyderabad Deccan: Matba’ah Majlis Da’iratul-Ma’arifi al-‘Uthmaniyati al-Ka’inati dan Kaherah: Mu’assasah al-Halabi.

Ibn Faris. (1979M/1399H). Mujamu maqayisil-lughati. Tahqiqun wa dabtun ‘Abdus-Salam Muhammad Harun. 6 jil. Beirut: Darul-Fikri.

Ibnul-‘Imad. (1986M/1406H). Shadharatudh-dhahabi fi akhbari man dhahaba. 10 jil. Ashrafa ‘ala tahqiqihi wa kharraja ahadithiha ‘Abdul-Qadir al-Arnaut. Haqqaqahu wa ‘allaq ‘alayh Mahmud al-Arnut. Damshiq dan Beirut: Dar Ibn Kathir.

Ibn Kathir. (1997M/1417H). Al-Bidayah wan-nihayah. 21 jil. Tahqiq Dr. ‘Abdullah ‘Abdul-Muhsin at-Turkiyy dengan kerjasama Markazul-buhuthi wad-dirasatil-‘Arabiyyati wal-Islamiyyati bi Dar Hijr. Giza: Hijr.

Ibn Manzur. (t.th). Lisanul-‘Arabi. 6 jil. Taba’atun jadidatun muhaqqaqatun wa mashkulatun shaklan kamilan wa mudhayyalatun bi faharisa mufassalatin. Kaherah: Darul-Ma’arif.

Ibn Taymiyyah. (1392H/1972M). Muqaddimatun fi usulit-tafsiri. Cetakan kedua. Tahqiq: Dr. Adnan Zurzur. t.tp: t.pt.

Idul Hilal, Salim bin. (t.th). Keajaiban khusyuk dalam solat: mengupas pengaruh solat yang khusyuk dalam kehidupan seharian (terj.). Kuala Lumpur: S.A. Majeed & Co. Sdn. Bhd.

‘Itaniyy. (1421H/2000M). al-Mu’jamul-mufaddalu li mawadi’il-Qur’anil-munazzali. Beirut: Darul-Ma’rifah.

Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Mahalli & As-Suyuti. (t.th.) Al-Qur’anul-karimu bir-rasmil-‘uthmaniyy wa bihamishihi tafsirul-imamayn al-jalilayn. mudhayyalan bi kitabi lubabin-Nuquli fi asbabin-Nuzuli lis-Suyuti. Qaddama lahu Fadilatul-Muhaddithi al-Muhaqqiqi al-Shaykhi ‘Abdul-Qadir al-Arna’ut. t.tp: Dar Ibn Kathir.

Al-Mahalli & As-Suyuti. (2003). Tafsirul-Jalalaynil-muyassari. Haqqaqahu wa ‘allaqa ‘alayh Dr. Fakhrud-Din Qubawah. Beirut: Maktabah Lubnan Nashirun.

Mahmud Yunus. (1978M/1398H). Tafsir Quran Karim bahasa Indonesia. Cetakan ke-18. Jakarta: P.T. Hidakarya Agung.

Mawardi Labay El-Sulthani. (2001). Zikir dan do’a mendirikan shalat yang khusyuk mencegah manusia dari perbuatan Keji dan Mungkar. Cetakan Kesembilan. Jakarta: Al-Mawardi Prima.

Mazlan Ibrahim, Jawiah Dakir & Mohd najib Abdul Kadir. (2009). Pengenalan tokoh dan kitab-kitab tafsir Melayu Ulama Nusantara. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Mohd. Ridzuan Awang & Mohd. Zamro Muda. (2006). Abdullah Basmeih: Riwayat hidup dan sumbangannya kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam di Malaysia. Dlm. Farid Mat Zain, Jaffary Awang & Rabitah Mohd. Ghazali (pngr.). Prosiding nadwah ulama Nusantara III: ketokohan dan pemikiran ulama Melayu, hlm. 501-510. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mujamma’ul-Lughatil-‘Arabiyyati. (2004M/1425H). al-Mujamul-wasitu. Cetakan keempat. Kaherah: Maktabatush-Shuruqi ad-Dawliyyatu.

Al-Muqaddasiyy. (1323H). Fathur-Rahmani li Talibi ayatil-Qurani. Beirut: Al-Matba’atul-Ahliyyatu.

  1. Quraish Shihab, et.al. (2007M/1428H). Ensiklopedia Al-Qur’an kajian kosakata. Jakarta: Lentera Hati, Pusat Studi Al-Qur’an dan Yayasan Paguyuban Ikhlas.

Ar-Razi. (1986). MukhtarusSihhah. Tab’atan mudaqqiqatan kamilatat-Tashkili wa mumayyizatal-madakhil. Beirut: Maktabah Lubnan.

As-Suyuti. (1387H/1967M). Husnul-muhadarati fi tarikhi Misra wal-Qahirati. 2 Jilid. Tahqiq: Muhammad Abul-Fadl Ibrahim. Kaherah: Daru Ihya’il-Kutubil-‘Arabiyyati ‘Isa al-Babil-Halabiyy wa shuraka’uh.

As-Suyuti. (2003M/1424H). Ad-Durrul-manthuru fit-tafsiri bil-ma’thuri. Tahqiq Dr. ‘Abdullah ibn ‘Abdul-Muhsin at-Turkiyy dengan kerjasama Markaz Hijr lil-Buhuthi wad-Dirasatil-cArabiyyati wal-Islamiyyati Dr. ‘Abdus-Sanad Hasan Yamamah. 17 Jil. Muhandisin: Markaz Hijr lil-Buhuth wad-Dirasatil-‘Arabiyyati wal-Islamiyyati Dr. ‘Abdus-Sanad Hasan Yamamah.

Unit Terjemahan Telaga Biru Sdn. Bhd. (2011). Nurul furqan: Juzu ‘Amma. Tafsir al-Quran berdasarkan tafsir al-Jalalain (terj.). Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Wikimedia Foundation, Inc. (2001). Zainuddin Hamidy. Dalam talian: https://id.wikipedia.org/wiki/Zainuddin_Hamidy [09-03-2018].

Wikimedia Foundation, Inc. (2001). Ahmad Hassan. Dalam talian: https://id.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Hassan [20-7-2016].

Wikimedia Foundation, Inc. (2001). Mahmoed Joenoes. Dalam talian: https://id.wikipedia.org/wiki/Mahmoed_Joenoes [10-8-2016].

Wikimedia Foundation, Inc. (2001). Zainuddin Hamidy. Dalam talian: https://id.wikipedia.org/wiki/Zainuddin_Hamidy [09-03-2018].

Wikimedia Foundation, Inc. (2001). Abdullah Muhammad Basmeih. Dalam talian https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Muhammad_Basmeih. [06-04-2018].

Az-Zabidi. (1965M/1385H-2001M/1422H). Tajul-arusi min jawahiril-qamusi. Tahqiq: ‘Abdus-Sattar Ahmad Faraj. 40 jil. Kuwait: Matba’atun Hukumatun al-Kuwaiti.

Zainuddin Hamidy dan Fachruddin Hs. (t.th). Tafsir Quran naskah asli –terdjemah- keterangan lengkap 30 djuz. Tjetakan keempat. Johor Baharu: H. Sabirin bin H. M. Annie.

Zainuddin Hamidy dan Fachruddin Hs. (2004). Tafsir Quran naskah asli –terjemah- keterangan lengkap 30 juz. Cetakan ketujuh. Kuala Lumpur: Klang book centre.

Download PDF
DOI

DOI: 10.46722/hkmh.3.4.20h https://doi.org/10.46722/hkmh.3.4.20h