Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-Nur

Authors

  • Noornajihan Jaafar Universiti Sains Islam Malaysia
  • Rezki Perdani Sawai Universiti Sains Islam Malaysia
  • Shah Rizul Izyan Universiti Sains Islam Malaysia
  • Celal Akar Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Kesunyian, Warga Emas, Risalah An-Nur

Abstract

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari berasa sunyi. Walaupun setiap individu akan mengalami kesunyian pada suatu ketika dalam kehidupan mereka, kebanyakkan kajian  menekankan bahawa warga emas sangat terdedah kepada risiko untuk mengalami kesunyian.  Kesunyian sekiranya tidak dicegah dan dirawat boleh membawa kepada penurunan daya tahan kepada jangkitan, kemerosotan kognitif dan membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kegelisahan dan kemurungan. Artikel ini akan membincangkan definisi kesunyian, teori kesunyian, praktik semasa dan juga pendekatan mengatasi kesunyian menurut Risalah An-Nur bagi golongan warga emas. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan sumber-sumber bertulis khususnya kitab Risalah An-Nur sebagai bahan pengumpulan data. Kajian mendapati beberapa teori kesunyian telah diketengahkan oleh penyelidik seperti teori eksistential, teori psikodinamik, teori kognitif, teori interaktiosis, teori intelek dan teori sosial.  Solusi dari perspektif Risah An-Nur mendatangkan tiga harapan sebagai penawar kepada kesunyian dalam kalangan warga emas. Selain itu turut dibincangkan solusi dari perspektif psikososial dan daya tindak dalam mengatasi kesunyiaan dalam kalangan warga emas. Beberapa solusi praktikal yang dibincangkan dalam penulisan ini diharapkan sedikit sebanyak berupaya menjadi panduan kepada warga emas secara langsung dan kepada pengusaha pusat penjagaan waga emas serta pihak kerajaan secara tidak langsung dalam menjaga kebajikan kelompok warga emas di Malaysia.

Katakunci: Kesunyian, Warga Emas, Risalah An-Nur

Downloads

Published

2021-08-31

How to Cite

Noornajihan Jaafar, Rezki Perdani Sawai, Shah Rizul Izyan, & Celal Akar. (2021). Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas: Praktik Semasa Dan Solusi Dari Risalah An-Nur. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 4(3), 36-54. Retrieved from https://alhikmah.my/index.php/hikmah/article/view/146

Issue

Section

Articles