ANJAKAN PARADIGMA DALAM AGAMA KRISTIAN : KAJIAN SEJARAH DAN TEKSTUAL ANALISIS

Paradigmshift In Christianity : An Historical and Textual Analysis

Authors

  • Zaifuddin Md Rasip Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Kristian, Bible, anjakan, paradigma, ajaran Jesus

Abstract

Abstrak

Agama Kristian merupakan agama yang paling ramai pengikutnya di seluruh dunia di kala ini. Agama yang mulanya berkembang di Palastine kini telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Manakala penganutnya pula terdiri daripada berbilang bangsa dan keturunan. Agama Kristian telah menjadi agama yang bersifat universal, untuk semua manusia tanpa mengira keturunan dan bangsa. Ini merupakan salah satu ciri utama agama Kristian. Namun demikian ajaran yang dibawa oleh Jesus hanya untuk bani Israel sahaja. Bagaimanakah agama ini boleh berubah menjadi agama yang bersifat universal? Pada masa yang sama juga terdapat banyak perbezaan antara ajaran agama Kristian sekarang dengan ajaran yang dibawa oleh Jesus. Apakah elimen-elimen yang berbeza antara ajaran Jesus dengan ajaran Kristian yang ada sekarang? Siapakah yang bertanggungjawab membawa perubahan ini? Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji ajaran sebenar Jesus seperti yang terkandung dalam Bible yang berbeza dengan agama Kristian sekarang. Penyelidikan ini juga meneliti ayat-ayat Bible yang mengesahkan berlakunya anjakan paradigma dalam agama Kristian. Oleh kerana kajian ini membincangkan doktrin asas dalam agama Kristian, maka kaedah kajian ini melibatkan analisis teks Bible secara terperinci. Pada masa yang sama sejarah awal Kristian juga dikaji untuk melihat bagaimana perbezaan ini berlaku. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan antara ajaran Jesus dengan agama Kristian sekarang sekaligus membuktikan wujudnya anjakan paradigma dalam agama Kristian.

 

AbstractChristianity is the largest religion in the world today. The religion that started in Palestine and now has spread out all over the world. While Christians are made up of various races and nations. Thus Christianity has become a universal religion. This is one of the most important characteristics of Christianity. However, Jesus' teaching was only for the children of Israel. How can this religion changed into a universal religion? At the same time there are some differences between the teachings of Christianity today and the teachings of Jesus. What are the elements that distinguish the teachings of Jesus from Christianity today? The main objective of this research is to study the true teachings of Jesus as stated in the Bible that are different from Christianity today. This research also examines verses in the Bible that confirm the occurrence of a paradigm shift in Christianity. Since this study discusses the basic doctrine of Christianity, this study method involves analyzing the Bible text in detail. At the same time the early history of Christianity is also studied to see how this differences could have happened. The results of the study show that there are differences between the teachings of Jesus and Christianity today.  Thus it proves that there has been a paradigm shift in Christianity.Keywords: Christianity, Bible, Paradigm Shift, Teachings of Jesus, Teachings of Paul

Downloads

Published

2023-08-31

How to Cite

Md Rasip, Z. (2023). ANJAKAN PARADIGMA DALAM AGAMA KRISTIAN : KAJIAN SEJARAH DAN TEKSTUAL ANALISIS: Paradigmshift In Christianity : An Historical and Textual Analysis. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 6(3), 121–152. Retrieved from https://alhikmah.my/index.php/hikmah/article/view/407

Issue

Section

Articles