Tahanan Pencegahan di Malaysia: Asas Pertimbangan Pelaksanaan Menurut Perspektif Islam

Authors

  • Muhammad Shaiffudin Bin Abu Bakar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Al Adib Bin Samuri Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wafaa Binti Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Basir Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v8i2.596

Keywords:

Tahanan pencegahan, instrumen, fiqh muwazanah, hifzu al-dawlah, fiqh al-maa’lat

Abstract

Abstrak

Tahanan pencegahan merupakan salah satu instrumen yang digunapakai oleh pihak berkuasa di Malaysia dalam usaha mencegah jenayah yang boleh mengganggu-gugat keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Di Malaysia, terdapat tiga akta yang memperuntukkan pelaksanaan tahanan pencegahan iaitu; (i) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Khas) 1985 (Akta 316); (b) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) (Akta 297); dan (c) Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) (Akta 769). Timbul persoalan status keabsahan pelaksanaan tahanan pencegahan menurut undang-undang Islam yang memerlukan kepada kajian tuntas terhadap asas pelaksanaannya. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pengumpulan data serta maklumat menerusi analisis kandungan secara deskriptif termasuk analisis terhadap Akta 316, Akta 297 dan Akta 769. Selain itu, penyelidik juga menelusuri kitab-kitab fiqh kontemporari bagi mendapatkan hasil dapatan yang lebih tuntas memandangkan subjek kajian adalah suatu instrumen baharu dilaksanakan negara. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan tahanan pencegahan mempunyai asas dalam pelaksanaannya menurut fiqh Islami menerusi penerapan konsep hifzu al-dawlah, fiqh al-muwazanah dan fiqh al-ma’alat.

Downloads

Published

2025-05-24

How to Cite

Bin Abu Bakar, M. S., Bin Samuri, M. A. A., Binti Yusof, W., & Mohamad, A. B. (2025). Tahanan Pencegahan di Malaysia: Asas Pertimbangan Pelaksanaan Menurut Perspektif Islam. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 8(2), 20 - 53. https://doi.org/10.46722/hikmah.v8i2.596

Issue

Section

Articles