Penerapan Amalan Kerohanian Untuk Mengatasi Masalah Emosi dan Tingkah Laku Semasa Tempoh Pandemik COVID-19

The Application of Spiritual Practices to Overcome Emotional and Behavioral Problems During the COVID-19 Pandemic

Authors

  • Ahmad Sharifuddin Mustapha Jabatan Pengajian Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Che Adenan Mohammad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Faisal Husen Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mustapahayuddin Abdul Khalim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Zainatul Nadra Zainol Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nik Kamal Wan Muhammed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohamad Adib Mohamad Salih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v5i1.222

Keywords:

Amalan Kerohanian, Emosi, Tingkah laku, COVID-19, Penghayatan Beragama

Abstract

Abstrak

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini sangat membimbangkan. Situasi ini telah memberi impak yang besar kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang diluar dari kebiasaan. Banyak masalah yang timbul kesan daripada pandemik ini seperti kehilangan pekerjaan, masalah psikologi sehingga berlakunya kejadian             membunuh dan bunuh diri. Manusia perlu kepada amalan kerohanian sebagai makanan jiwa agar tidak terpesong dan sentiasa berasa tenang dan tenteram. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan jenis amalan kerohanian menurut perspektif Islam dan mencadangkan panduan amalan kerohanian semasa tempoh pandemik COVID-19. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil      dapatan kajian telah berjaya menghasilkan satu panduan yang boleh dilaksanakan oleh orang awam dalam membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi di samping menghayati Islam dengan baik.

Downloads

Published

2022-02-28

How to Cite

Ahmad Sharifuddin Mustapha, Che Adenan Mohammad, Faisal Husen Ismail, Mustapahayuddin Abdul Khalim, Nur Zainatul Nadra Zainol, Nik Kamal Wan Muhammed, Mohamad Adib Mohamad Salih, & Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari. (2022). Penerapan Amalan Kerohanian Untuk Mengatasi Masalah Emosi dan Tingkah Laku Semasa Tempoh Pandemik COVID-19 : The Application of Spiritual Practices to Overcome Emotional and Behavioral Problems During the COVID-19 Pandemic. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 5(1), 80-99. https://doi.org/10.46722/hikmah.v5i1.222