Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19

Level of Student Satisfaction with Online Applications and Attitude of Lecturers on Distance Learning in Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM During Pandemic Covid-19

Authors

  • Arwansyah bin Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Faisal Husen Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Masruri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti Marpuah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hafizah Binti Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Shahira Mardhiah binti Wan Zahari Universiti Putra Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v5i1.218

Keywords:

Pandemik Covid-19, pembelajaran jarak jauh, aplikasi dalam talian, sikap pensyarah, Covid-19 pandemic, distance learning, online application, lecturer’s attitude

Abstract

Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesan daripada pandemik ini terutama sekali ter-hadap isu pendidikan. Oleh itu, Malaysia terpaksa mengambil langkah yang drastik bagi membendung penularan wabak ini iaitu dengan menguatkuasakan Perintah Ka-walan Pergerakan (PKP). Antara intipati utama PKP ialah arahan penutupan institusi pengajian tinggi (IPT). Perkara ini dilihat sangat memberi kesan kepada sistem pen-didikan negara. Rentetan itu, satu inisiatif iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara maya atau dalam talian dilaksanakan sepenuhnya di negara ini bertujuan me-mastikan aktiviti pembelajaran tidak terhenti disebabkan penularan wabak ini. Kajian mendapati, para pelajar mula kehilangan minat terhadap pembelajaran secara maya. Pelajar mula berasa kurang yakin dengan sesi pembelajaran dalam talian. Secara tid-ak langsung, masalah disiplin pelajar akan meningkat sekaligus menjejaskan isu kesihatan mental pelajar. Selain itu, perubahan norma hidup telah memberi impak yang negatif terhadap sesi pembelajaran pelajar bersama tenaga pengajar. Sikap pen-syarah yang dilihat kurang memahami keadaan pelajar merupakan cabaran utama sesi pembelajaran atas talian. Dikhuatiri para pelajar akan mula hilang fokus, tidak dapat mengikut rentak pembelajaran dan akhirnya akan tercicir ilmu. Justeru, kajian mengenai kepuasan pelajar terhadap aplikasi dalam talian dan sikap pensyarah ter-hadap pelajar perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti tahap kepuasan pelajar terhadap aplikasi dalam talian dan sikap pensyarah dalam pembelajaran jarak jauh. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melakukan tinjauan melalui borang soal selidik dengan menggunakan Google Form.Kajian ini mengambil sampel pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang terdiri daripada pelajar sarjana muda dan diploma. Pengumpulan data melalui Google Form disalurkan dengan menggunakan medium Whatsapp, Telegram dan e-mel. Penganalisisan data ini menggunakan Statistic Pack-age for Social Science (SPSS 2.3) bagi mengukuhkan lagi kajian. Hasil kajian mendapati, para pelajar memiliki kepuasan yang tinggi terhadap aplikasi dalam talian yang dijalankan oleh UTHM semasa Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Begitu juga dengan tahap kepuasan para pelajar terhadap sikap pensyarah yang dilihat sangat berpuas hati semasa sesi pembelajaran dijalankan.

 

The era of the Covid-19 pandemic that hit the whole country clearly had a huge impact on the world community in all sectors. Malaysia is no exception to face the disruptive effects of this pandemic, especially on education issues. Therefore, Malaysia had to take drastic measures to curb the spread of this pandemic by enforcing the Movement Control Order (MCO). Among the main essence of MCO is the directive to close institutions of higher education. This matter will cause a huge impact on the country's education system. Therefore, an initiative that is teaching and learning (PdP) virtually or online is fully implemented in the country to ensure that learning activities do not stop due to the spread of this pandemic. The study found that students began to lose interest in virtual learning. Students begin to feel less confident with online learning sessions. Indirectly, student’s disciplinary problems will increase thus affecting student’s mental health issues. In addition, new norms in living have had a negative impact on student’s learning sessions with lecturers. The attitude of lecturers who do not understand the situation of students is the main challenge of online learning sessions. It will be a problem that students will begin to lose focus, not be able to follow the rhythm of learning and eventually will drop out of knowledge. This study is focusing on student satisfaction with online applications and lecturer’s attitudes towards students should be conducted. Therefore, this study aims to examine the level of student’s satisfaction with online applications and the attitudes of lecturers in distance learning. To achieve this objective, the researcher uses a quantitative method to conduct a survey through a questionnaire using Google Form. This study took a sample of students from Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor consisting of undergraduate and diploma students. Data collection through Google Form is channeled using the medium of Whatsapp, Telegram and e-mail. This data analysis uses the Statistical Package for Social Science (SPSS 2.3) to strengthen the study. The results of the study found that the students have high satisfaction with the online application conducted by UTHM during Online Distance Learning (ODL). Similarly, the level of satisfaction of the students towards the attitude of the lecturers who were seen to be very satisfied during the learning sessions.

Downloads

Published

2022-02-28

How to Cite

Arwansyah bin Kirin, Faisal Husen Ismail, Muhammad Masruri, Siti Marpuah, Hafizah Binti Ahmad, & Wan Shahira Mardhiah binti Wan Zahari. (2022). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19: Level of Student Satisfaction with Online Applications and Attitude of Lecturers on Distance Learning in Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM During Pandemic Covid-19. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 5(1), 1–26. https://doi.org/10.46722/hikmah.v5i1.218

Issue

Section

Articles

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)