Pegangan Terhadap Kefahaman Al-Salaf Al-Soleh Dalam Memahami Agama The Stand of Al-Salaf Al-Soleh Understandings In Understanding of The Religion

Authors

  • Aminudin Bin Basir
  • Jamsari Alias
  • Azizi Umar

DOI:

https://doi.org/10.46722/hikmah.v3i4.71

Keywords:

Memahami, Sumber agama, al-Salaf al-Soleh

Abstract

Memahami al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber akidah dan syariah adalah satu kemestian ke atas setiap mukmin. Individu yang paling memahami isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah adalah Baginda Rasulullah SAW. Dikuti oleh generasi para sahabat dan seterusnya para tabiin dan tabi’ al-Tabiin. Generasi tersebut berada di dalam sebaik-baik kurun dari sudut suasana kefahaman dan penghayatan agama. Justeru, memahami agama sumber agama ini menurut kefahaman al-Salaf alSoleh adalah satu tuntutan serta sebagai syarat bagi menjamin kefahaman yang benar. Persoalannya, sejauhmanakah anjuran al-Quran dan alSunnah untuk menurut jejak langkah al-Salaf bagi memahami sumber agama ini? bagaimanakah pula kedudukan institusi al-Salaf bagi memahami agama. Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka metode kajian kualitatif menerusi analisis dokumen dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perintah dari al-Quran agar menjadikan golongan al-Salaf sebagai rujukan utama bagi memahami sumber agama ini. Hasil kajian juga membuktikan bahawa golongan al-Salaf mempunyai kedudukan tersendiri yang unggul sebagai satu institusi dalam memahami agama.

Downloads

Published

2020-10-10

How to Cite

Aminudin Bin Basir, Jamsari Alias, & Azizi Umar. (2020). Pegangan Terhadap Kefahaman Al-Salaf Al-Soleh Dalam Memahami Agama The Stand of Al-Salaf Al-Soleh Understandings In Understanding of The Religion. AL-HIKMAH: INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES AND HUMAN SCIENCES, 3(4), 21–51. https://doi.org/10.46722/hikmah.v3i4.71

Issue

Section

Articles